Sistem
Maklumat Pengurusan Pegawai Syarak ini dibangunkan
untuk meningkatkan taraf pengurusan maklumat dalam
institusi JAIM dan Jabatan Mufti negeri Melaka. Sistem
ini akan dibangunkan secara ‘web-based’,
di mana pengguna sistem dapat menggunakan sistem pada
bila-bila masa dan di mana-mana sahaja diperlukan
untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan berkesan.
Di samping itu, pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab
menyedia dan mengemaskini maklumat Pegawai Syarak
di dalam sistem juga melakukannya dari mana-mana sahaja
yang ada rangkaian komputer. Sistem ini juga akan
dilengkapi dengan keselamatan daftar masuk untuk mengawal
dan menghadkan penggunaan sistem hanya kepada pegawai-pegawai
yang berkaitan.
|
|